AUTOMOTIF
KESELAMATAN PRODUK
MAKANAN DAN PEMAKANAN
KESIHATAN
|
KELUARGA DAN MASYARAKAT
KERJAYA DAN PENDIDIKAN
KEWANGAN
TEKNOLOGI
|
TIPS PENGGUNA:
PENIPUAN YANG SERING TERJADI KEPADA PENGGUNA.
Pengguna sering ditipu menerusi:
- Penipuan Perkhidmatan
- Penipuan Harga
- Cetak Rompak
- Penipuan Jualan Langsung
- Produk Tiruan
- Tanda Harga Yang Mengelirukan
- Khidmat Bengkel Kenderaan Bermotor Yang Tidak Telus
- Aktiviti Menyorok Barang Kawalan
- Penipuan Perjanjian Sewa Beli
Apakah Hak-Hak Pengguna?
Hak-Hak Pengguna
-Hak untuk mendapat keperluan asas
-Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat
-Hak untuk mendapatkan maklumat
-Hak untuk membuat pilihan
-Hak untuk menyuarakan pendapat
-Hak untuk mendapat ganti rugi
-Hak untuk mendapat pendidikan pengguna
-Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat
-Hak untuk mendapat keperluan asas
-Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat
-Hak untuk mendapatkan maklumat
-Hak untuk membuat pilihan
-Hak untuk menyuarakan pendapat
-Hak untuk mendapat ganti rugi
-Hak untuk mendapat pendidikan pengguna
-Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat
- Portal Rasmi:
TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA
TRIBUNAL.
Latar Belakang Tribunal
1. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan yang telah ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999
2. Bahagian XII Akta mengandungi 37 Seksyen yang menyentuh tentang berbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award-award Tribunal dan sebagainya.
Objektif Tribunal
1. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia adalah merupakan sebuah badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna yang dibuat di bawah Akta dan tertakluk kepada peruntukan Akta Pelindungan Pengguna 1999
2. Sebelum penubuhan Tribunal ini, segala tuntutan gantirugi oleh seorang pengguna terhadap seorang pembekal atau pengilang terpaksa dibawa ke Mahkamah Sivil di mana ia melibatkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Ini adalah antara sebab-sebab mengapa pengguna tidak berminat untuk membuat tuntutan di Mahkamah terhadap pembekal atau pengilang yang tidak bertanggungjawab terutamanya jika sekiranya amaun yang dituntut adalah kecil, walaupun pada masa ini sudah adanya Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar tuntutan-tuntutan yang tidak melebihi RM5,000.00.
3. Memahami hakikat ini, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia telah ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk menuntut gantirugi dan pampasan daripada seorang pembekal atau pengilang dengan cara mudah, murah dan cepat.
BIDANG KUASA TRIBUNAL
Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar :
a) apa-apa tuntutan mengenai apa-apa perkara yang ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar seperti diperuntukkan di bawah Akta;
b) di mana jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00;
c) apa-apa tuntutan mengenai apa-apa barang atau perkhidmatan yang baginya tidak ada mekanisme tebus rugi diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang lain.
BATASAN BIDANG KUASA
Tribunal tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa tuntutan :-
a) yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian;
b) bagi mendapatkan kembali tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah;
c) yang mempersoalkan hakmilik-hakmilik tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah, atau apa-apa francais; dan
d) yang mengandungi pertikaian mengenai -
i. hak di bawah satu wasiat atau peruntukan, atau disebabkan kematian tak berwasiat;
ii. nama baik (good will)
iii. apa-apa hak dalam tindakan;
iv. rahsia perdagangan atau harta intelek lain.
e) apabila mana-mana tribunal telah ditubuhkan melalui mana-mana undang-undang bertulis lain untuk mendengar dan memutuskan tuntutan-tuntutan tentang perkara yang menjadi hal perkara tuntutan itu.
JENIS TUNTUTAN YANG BOLEH DIKEMUKAKAN KE TRIBUNAL :
a. Perlakuan mengelirukan dan memperdaya, representasi palsu dan amalan tak saksama,
b. Keselamatan barang dan perkhidmatan
c. Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang
d. Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekal perkhidmatan
e. Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata berkaitan dengan pembekalan barang-barang
f. Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang
VISI & MISI
VISI & MISI
Dalam mencapai status negara maju menjelang 2020, Malaysia perlu mewujudkan keadaan ekonomi domestik yang rancak serta perlunya ia disokong oleh komuniti pengguna yang perkasa. Keadaan ini dijangka dapat dilihat daripada kerjasama 3 pihak yang akan melangkaui segala sempadan
Berdasarkan ini, Visi Kementerian telah dirangka semula bagi memastikan Kementerian berada tepat diantara para pelabur, peniaga serta pengguna. Kementerian akan menjadi penggerak kepada perdagangan dalam negeri dan sebagai jagoan pengguna.
Visi Kementerian
Peneraju di dalam pembangunan perdagangan domestik, koperasi dan kepenggunaan.
Misi Kementerian
Berdasarkan ini, Visi Kementerian telah dirangka semula bagi memastikan Kementerian berada tepat diantara para pelabur, peniaga serta pengguna. Kementerian akan menjadi penggerak kepada perdagangan dalam negeri dan sebagai jagoan pengguna.
Visi Kementerian
Peneraju di dalam pembangunan perdagangan domestik, koperasi dan kepenggunaan.
Misi Kementerian
- Menyediakan suasana perniagaan yang kondusif untuk pembangunan perdagangan dalam negeri;
- Memacu negara ke arah mewujudkan masyarakat pengguna yang sedar akan hak mereka sebagai pengguna serta masyarakat pengguna yang perkasa
- Membangunkan koperasi yang berdaya saing, progresif dan berdaya tahan; dan
- Memupuk kreativiti dan inovasi melaui regim IPR yang efektif.
Motto Kementerian
Perdagangan Sihat Pengguna Berkat
Nilai Teras Kementerian
- Bekerjasama
- Amanah
- Komited
- Adil
LATAR BELAKANG YANG PERLU DI KETAHUI
LATAR BELAKANG
Penubuhan Kementerian
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan ditubuhkan pada 27 Oktober 1990.
- Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.
- Peranan dan fungsi Kementerian telah diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor francais dan koperasi.
Fungsi KPDNKKKPDNKK menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan.
Bidang Tugas Kementerian:
Perdagangan Dalam Negeri
Bidang Tugas Kementerian:
Perdagangan Dalam Negeri
- Menentukan dan memantau harga barang-barang perlu;
- Melesenkan penjualan dan pengedaran barang-barang perlu;
- Melesenkan penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia;
- Menyelaraskan dasar, peraturan dan aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas;
- Melesenkan urusniaga jualan langsung;
- Melaksanakan peraturan timbang dan sukat;
- Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta berkaitan;
- Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik; dan
- Mentadbir dan membangunkan sistem perlindungan harta intelek.
Kepenggunaan
- Melaksanakan program pendidikan pengguna;
- Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna; dan
- Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan.
Definisi Logo Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan;
GAMBAR Berbentuk empat segi dengan dasar warna dalamnya adalah biru dan mempunyai 3 lambang iaitu : K, P(besar) dan P(kecil) EMPAT SEGI Membawa simbol pembangunan WARNA BIRU Melambangkan suasana perdagangan dalam negeri yang mengalakkan simbol harmoni WARNA PUTIH Melambangkan Kementerian dan berwarna putih kerana mencerminkan Jabatan Kerajaan yang bersih, cekap dan amanah HURUF 'P' P besar melambangkan perdagangan HURUF 'P' P kecil melambangkan pengguna Kedua-dua tersebut berwarna emas kerana melambangkan sesuatu nilai
Direktori Warga
Direktori Warga KPDNKK
Senarai Pegawai dan Kakitangan
Alamat: | PEJABAT MENTERI | Tel. : +603-8882 5500 |
ARAS 13, (MENARA),NO 13, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2, | Fax. : +603- 8882 6182 | |
Senarai Pegawai dan Kakitangan
No. | Nama | Jawatan | Nombor Telefon | Email @kpdnkk.gov.my |
---|---|---|---|---|
1 | Y.B. Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob | Menteri PDNKK | - | ismailsabri |
2 | En. Hamitaf Bin Mustafa | Pegawai Tugas-tugas Khas (PTTK) | +603-8882 5501 | hamitaf |
3 | Cik Nor Nazimah Binti Hashim | Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) | +603-8882 5507 | naziema |
4 | En. Mohd Zoolihsan Bin Ahmad | Setiausaha Sulit (SUS) | +603-8882 6541 | zoolihsan |
5 | Y. Bhg. Dato' Ruhaidini Binti Abd Kadir | Setiausaha Akhbar (SUA) | +603-8882 5504 | dinie |
6 | Y.Bhg. Dato' Mohd Azizan Bin Che Omar | Setiausaha Politik (SUPOL) | +603-8882 5502 | mohdazizan |
7 | Cik Intan Syazwani Binti Isa | Pegawai Khas (Kepenggunaan) | +603-8882 5523 | intansyazwani |
KENAPA PENGGUNA PERLU DILINDUNGI ??
- Amalan perniagaan yang curang untuk mencapai keuntungan yang lebih - kenakan harga yang tinggi daripada yang sepatutnya,timbangan tidak tepat.
- Iklan yang mengelirukan pengguna.
- Kejahilan pengguna tentang hak-hak pengguna.
- Hasil pengeluaran yang membahayakan kesihatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)