LATAR BELAKANG
Penubuhan Kementerian
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan ditubuhkan pada 27 Oktober 1990.
- Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.
- Peranan dan fungsi Kementerian telah diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor francais dan koperasi.
Fungsi KPDNKKKPDNKK menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan.
Bidang Tugas Kementerian:
Perdagangan Dalam Negeri
Bidang Tugas Kementerian:
Perdagangan Dalam Negeri
- Menentukan dan memantau harga barang-barang perlu;
- Melesenkan penjualan dan pengedaran barang-barang perlu;
- Melesenkan penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia;
- Menyelaraskan dasar, peraturan dan aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas;
- Melesenkan urusniaga jualan langsung;
- Melaksanakan peraturan timbang dan sukat;
- Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta berkaitan;
- Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik; dan
- Mentadbir dan membangunkan sistem perlindungan harta intelek.
Kepenggunaan
- Melaksanakan program pendidikan pengguna;
- Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna; dan
- Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan.
Definisi Logo Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan;
GAMBAR Berbentuk empat segi dengan dasar warna dalamnya adalah biru dan mempunyai 3 lambang iaitu : K, P(besar) dan P(kecil) EMPAT SEGI Membawa simbol pembangunan WARNA BIRU Melambangkan suasana perdagangan dalam negeri yang mengalakkan simbol harmoni WARNA PUTIH Melambangkan Kementerian dan berwarna putih kerana mencerminkan Jabatan Kerajaan yang bersih, cekap dan amanah HURUF 'P' P besar melambangkan perdagangan HURUF 'P' P kecil melambangkan pengguna Kedua-dua tersebut berwarna emas kerana melambangkan sesuatu nilai
No comments:
Post a Comment